Asal saya balik Tawau ja, memang sy sudah siapkan awal² senarai menu yg sy mau
Mummy masak utk saya, hehehehee.....
Yalah, balik Tawau bukan selalu kan......
So, merasa masakan Mummy pun setahun dua kali ja.......
Kali ne, sy mintak Mummy masakkan
"Cendawan Masak Kicap"
Untuk menu ne, kita boleh guna apa jenis cendawan pun....
Shitake, butang, tiram.....
Tapi kali ne Mummy sy guna Cendawan Kelapa Sawit yg dia baru beli di Pasar Tani tadi.....
Ne dia Bahan² & Cara² nya.......
Bahan-Bahan:
Udang (ne optional saja, bukan watak utama pun).....
Cendawan Kelapa Sawit (boleh ganti jenis cendawan yg lain, janji nama dia cendawan)
Bawang Merah - tumbuk
Bawang Putih - tumbuk
Lada Hitam
Halia - hiris
Lada besar - hiris
Sos Tiram
Kicap Manis (Paling sedap guna ABC)
Kicap Hitam (Kicap Ayam dari Sabah paling 'masarap')
Tepung Jagung - 1 sudu (utk pekatkan kuah)
Serbuk perasa
Cara-Cara:
1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih & halia hingga garing.
2. Masukkan air, kicap hitam & kicap manis.
3. Masukkan cendawan & udang.
4. Kacau rata & biarkan mendidih.
5. Masukkan Serbuka lada hitam, Lada besar & serbuk perasa.
6. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung. Biarkan kuah pekat & boleh angkat dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment