Im proud to be half Sabahan & half Indonesian !!

Im proud to be half Sabahan & half Indonesian !!
MyLovely Mummy & Daddy!

Friday, May 31, 2013

[Recipe - Chinese] Sup Wantan



(Bahan² & cara untuk buat wantan sama saja macam buat yg versi Goreng..)


Bahan: 

Isi Ayam* (better beli dada ayam trus, banyak isi....)
Isi Udang*
Lobak*
Sengkuang*
Bawang putih*
Tepung Jagung
Kicap cair
Garam
Serbuk perasa
Lada putih
Kulit Wantan (saya pakai yg bentuk 4 segi)
Minyak utk menggoreng


Cara-Cara:-
1. Bahan² yang bertanda * dicincang hingga halus.
2. Kemudian campur dgn tepung jagung, kicap cair, garam, serbuk perasa & Lada putih.... Gaul & uli sehingga sebati.
3. Ambil kulit wantan, letak dgn 1 sudu teh isi wantan td, dan gunakan air untuk lekat tepi2 kulit wantan.... Cara saya lipat, sama macam bungkus nasik lemak.... Tapi ikut citarasa masing2 lah kan.... Mau style apa pun, janji sedap.... Buat smp adunan habis..
4. Susun wantan sementara buat bahan untuk sup.


Bahan untuk Sup:
Bawang Putih (Cincang Kasar)
Halia (Cincang Kasar)
Tauhu Goreng
Sayur² Kegemaran (Lobak, Bayam, Sawi, Brokoli, etc...)
Daun Seleri (Batang nya dihiris serong utk dimasukkan dalam sup, Daun nya dicincang halus untuk hiasan nanti)
Kiub Ayam (saya prefer Knorr)
Garam
Gula
Lada Putih
Bawang Goreng


Cara-cara:
1. Tumis kasar bawang putih & halia hingga naik bau.
2. Masukkan air & kiub Ayam.
3. Apabila kuah mendidih, masukkan semua bahan² di atas.
4. Masukkan bahan perasa (garam, gula, lada putih).
5. kecilkan api & masukkan wantan, biarkan masak & boleh hidang.
TIPS: wantan dikira masak bila dia timbul² di permukaan sup.
6. Hidang & tabur dgn Daun Seleri yg dicincang halus + Bawang Goreng. SELAMAT MENCUBA!!!

Ne la kejadian wantan yg sudah dilipat kemas.....
Tunggu masa utk digoreng ja.......

# Sup wantan sedap dihidang dengan SUHUN @ BIHUN yg sudah dicelur. 

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: Countdown ^_^ ::