Assalamualaikum wbt...
Hari ni sy mau share menu udang...
Bg yg slalu shopping di Hero Hypermarket,
memang slalu la nampak udang diorang yg saiz gaban2 tu seolah2 melambai2 minta dibeli...
Serius~ Udang di Hero memang saiz besar2 punya..
Dan hari ni rasa mau masak menu simple dgn Udang...
UDANG & CHOY TAM GORENG BELACAN
Bahan²:
1. Udang
2. Sayur Choy Tam (boleh ganti dgn sayur kesukaan yg lain)
3. Bawang Merah
4. Bawang Putih
5. Cili padi
6. Belacan seketul (sy guna Belacan ABC) - dibakar
7. Sos tiram (sedikit)
8. Gula & Serbuk Perasa
9. Minyak utk menumis
Cara²:
1. Tumbukkan bawang merah, bawang putih, belacan & cili padi.
2. Panaskan minyak, tumis bahan2 yg ditumbuk tadi.
3. Bila sdh naik bau, masukkan udang.
4. Bila udang sdh mulai masak (berubah jd warna merah), masukkan sayur Choy Tam.
5. Masak dgn api yg besar supaya sayur cepat masak tapi tidak mengeluarkan air.
6. Bila sayur sdh mula layu, angkat dan hidang. Jangan masak lama2 nanti, sayur jadi berkuah.
No comments:
Post a Comment