Im proud to be half Sabahan & half Indonesian !!

Im proud to be half Sabahan & half Indonesian !!
MyLovely Mummy & Daddy!

Blogger Profile

I'm Half Malaysian & Half Indonesian..
Mommy - Malang, Jawa Timur (Indonesia)
Daddy - Tawau, Sabah (Malaysia)

Seorang Blogger picisan yg meminati:
i. Travelling
ii. Makan
iii. Photography
iv. Videography

All pictures taken using:
1. Gopro Hero5 Black
2. Nikon D5200
3. Sony DSC-W300
4. Vivo V15 Pro
5. FeiyuTech Vlog Pocket (Gimbal)

Tuesday, October 29, 2019

[Recipe] Homemade "Mee Tauhu Tawau" by Fatin

Assalamualaikum....

Lama kita nda sharing² resepi kan....
Memandangkan minggu ni sy baru terima parcel kiriman makanan dari Mummy & kakak di Tawau..
Jadi cuti2 weekend ni marilah kita masak menu Sabah pulak...
Malar ja sharing resepi Jawa kan, hehe..


Mummy & kakak sy ni pantang nampak makanan fevret sy...
Memang laju tu dorang post pakai courier...
Cost courier lagi mahal dr hrga makanan di dalam tu...
Selalunya dorang mesti akan post Kicap Cap Ayam, Mee Udang (yg ni Sabah ja ada jual), sambal cuka Sabah, bawang goreng, kudapan2, dan kari kerang (yg ni sy heran, jenama Yeos kan dr semenanjung, tp kenapa x jumpa jual sini ya?)

***************



MEE TAUHU

Mee Tauhu ni kira sarapan kesukaan org Tawau...
Di mana2 jamesti ada gerai, warung & restoran yg khas menjual mee tauhu ni..
Lagi satu sarapan wajib org Tawau ialah Nasi Kuning Sabah...
(Pastinya beda dong sama Nasi Kuning Indonesia... Nanti kita share resepi ya..)

Mee Tauhu ni dia kena mkn dalam 1 set:
1. Mee Goreng Kosong/Kicap
2. Kuah Taucu (ada terung, tauhu putih, tauhu pok, lada - yg semua disumbat dgn isi ikan)
3. Sambal belacan tumis & limau

Ok, tanpa lengah masa, kita share resepi ketiga2 menu di atas...


MEE GORENG KOSONG/KICAP


Bahan²:
1. Mee Udang
2. Kicap Hitam (org Sabah memang pakai kicap Cap Ayam)
3. Bawang putih
4. Taugeh
5. Sos Cili/Tomato (sikit ja)
6. Gula & Serbuk Perasa

Cara²:
1. Bawang putih dicincang & tumis kan.
2. Rendam Mee Udang smp mee lembut.
3. Lepas bawang putih sdh naik bau, masukkan mee kuning yg tadi.
4. Masukkan sos cili/tomato & kicap hitam, gaul sehingga rata.
5. Perasakan dgn gula & serbuk perasa.
6. Sebelum angkat, masukkan taugeh & gaul rata. Taugeh tu x perlu masak smp lembik, crunchy2 lebih sedap.
7. Lepas tu boleh lah angkat & hidang.



KUAH TAUCU


Bahan²:
1. Terung
2. Tauhu Pok
3. Lada Besar Merah
4. Tauhu Putih
5. Isi ikan/ayam (sy guna isi ayam sbb nya sy suka makan ayam lah... hehehe~)
6. Taucu (2 sudu pun sdh cukup)
7. Tepung jagung (utk inti & pekatkan kuah)
8. Kicap hitam 
9. Bawang putih (bahagikan kpd 2 bahagian: utk inti & tumis)
10. Daun bawang (bahagikan kpd 3 bahagian: utk inti, tumis & tabur)
11. Bawang goreng (utk tabur)
12. Gula & serbuk perasa
13. Air
14. Lada sulah
15. Minyak bijan

Cara²:
1. Utk buat lauknya, kita kena sumbat isi ayam/ikan dlm lauk pilihan kita. Mcm sy, sy lebih suka makan terung, tauhu pok & lada sumbat. (Arwah daddy sy pula suka tauhu putih, rindu daddy sgt²..)
2. Campurkan bawang putih cincang, daun bawang yg diracik, isi ayam/ikan, sedikit tepung jagung, lada sulah, minyak bijan & serbuk perasa. Gaul menjadi adunan yg pekat & sumbat dalam lauk pilihan kita.
3. Goreng dlm minyak panas, angkat & tiriskan.
4. Cincang bawang putih & hiriskan daun bawang, tumis di minyak yg panas.
5. Lps bawang putih naik bau & daun bawang layu, masukkan taucu dan tumis skjp.
6. Lps tu masukkan air & kicap hitam.
7. Masukakan sedikit tepung jagung yg dibancuh dgn air sehingga kuah menjadi pekat.
8. Perasakan dgn gula & serbuk perasa.
9. Masukkan lauk berinti yg kita goreng td.
10. Angkat & hidang. Taburkan dgn bawang goreng & daun bawang.


SAMBAL BELACAN TUMIS


Bahan²
1. Cili padi hijau (lebihkan cili padi hijau)
2. Cili padi merah (Cili padi merah utk bg rasa pedas)
    (Nisbah Cili padi hijau & merah ialah 2:1)
3. Bawang putih
4. Belacan (Kalau dibakar lagi sedap & wangi)
5. Gula & Serbuk Perasa
6. Minyak utk menumis


Cara²:
1. Blend kan semua bahan² di atas.
2. Tumis & perasakan dgn gula & garam.






Okayh~... Lepas selesai ketiga2 ni,
boleh lah kita makan...
Lebih mantul kalau ada limau nya...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: Countdown ^_^ ::