Im proud to be half Sabahan & half Indonesian !!

Im proud to be half Sabahan & half Indonesian !!
MyLovely Mummy & Daddy!

Saturday, August 15, 2015

[Recipe] Nasi Daun Pisang Ala Mamak

15 Ogos 2015: Mini Openhouse

Hari ini merupakan hari terakhir bulan Syawal utk tahun ni...
Sedih rasanya....
Macam baru ja semangat menyambut bulan puasa....
Skrg pulak berakhir sudah Syawal...
Semoga dapat menyambut Ramadhan & Syawal pd tahun dpn kalau dipanjangkan usia..
InsyaAllah Amin....


Dan untuk menyambut hari terakhir Syawal ni saya jemput la si Yaya utk dtg 'beraya', hihihi...
Memandangkan langsung tiada beli kuih raya, 
maka sy decided utk masak yg special sikit...
Tiba2 tekak ni rasa teringin mau makan Nasi Daun Pisang...
Trus imejin nasi atas daun pisang, kemudian dicurah kari ayam... Perrrghhh....


Dan pagi ni pulak trs laju2 beli barang dapur di Hero...
Tetamu dijemput datang jam 9 pagi, tuan rumah baru mau pi beli barang dpaur jam 8 pagi, wakakaka...
Jam 9am, baru start berperang di dapur sorang2....
Masa tu housemate semua balik kampung...
Untung laaaa kampung ada di semenanjung ni, bila2 ja boleh balik...


Dan tadddaaaaaaaaaaa....
Nasi Daun Pisang ala Mamak siap sepenuh nya cun2 lepas azan Zohor.... 
Masa tu tetamu sudah mengadu lapar, huahahhaa....

Nasi Daun Pisang Mamak Style


Peria Goreng Rangup ala Mamak

Tidak sah rasanya kalau pi restoran mamak kalau tidak ambik lauk ni...
Selalunya sy habiskan satu tray tu....
Untuk menu asli, slalu nya mamak guna pewarna merah kan...
Tapi sy tidak guna, sbb sebotol pewarna tu RM2.00, pakai cuma 2-3 titik jaa...
So, ndak payah mau membazir... hihihihi~
Untuk resepi, saya rujuk di blog INI... (terima kasih, kak ~!!)
 Saya sudah ringkas kan step nya.....

Peria Goreng Rangup ala Mamak

Bahan-Bahan:

1. 3 batang peria katak
2. 1 sb serbuk cili
3. 1/4 sk garam (sy guna Magie Secukup Rasa)
4. 50gm tepung gandum
5. 1sb tepung ubi kayu
6. 1sb tepung beras
7. 1 biji telur (dipukul)
8. 1/2 kiub ayam (Knorr @ Magie)
9. Air secukupnya utk bancuh tepung
10. Baking Powder
11. Lada Hitam
12. Pewarna merah (sy tidak letak sbb tiada)
13. Tepung Goreng KFC (yg ni sy tambah sendiri, hihihi~)

Cara-Cara:
1. Basuh peria, buang biji di bahagian tengah, hiris sederhana nipis utk elak peria cepat hangus kalau terlalu nipis atau terlalu tebal utk elak peria kurang masak.
2. Ambil bekas, masukkan serbuk cili, tepung beras& garam, adunkan. Ambil hirisan peria, tekap satu persatu pada adunan tepung. Asing & tepikan.
3. Ambil bekas yg lain, masukkan tepung gandum, tepung ubi & baki tepung Step No.2.. Masukan lada hitam, telur telah dipukul, baking powder, pewarna merah, air dan garam secukup. Adunkan supaya kita dapat adunan tepung goreng yg tidak terlalu cair atau terlalu pekat.
4. Panaskan minyak, masukkan sekeping demi sekeping hirisan peria yang dicelup tepung. Goreng sehingga warna agak kecoklatan & rangup... Angkat & letak atas pinggan yg dialas tisu dapur utk menyerap minyak berlebihan.



Kobis Goreng Kunyit ala Mamak


Bahan-bahan:

1. Kobis
2. Lobak (hiris bentuk mancis)
3. 1/2 sk biji sawi (Tidak letak sebab lupa beli, ahhahaha)
4. Sedikit biji jintan putih (optional)
5. Daun kari
6. Bawang Putih - hiris
7. Bawang merah - hiris
8. Gula, garam, serbuk perasa (Saya guna kiub Magie)
9. Cili padi - hiris nipis
10. Sedikit serbuk kunyit
11. Cili merah - hiris nipis
 
Cara-cara:
1. Tumis bawang merah & bawang putih.
2. Masukkan cili merah & daun kari.
3. Masukkan lobak & kobis... Biji jintan putih & biji sawi. Kemudian hirisan cili padi.
4. Taburkan sedikit serbuk kunyit. Gaul sebati.
5. Perasakan dgn gula, garam & serbuk perasa.




Kari Ayam Kuah Pekat

 
Bahan-bahan:

1. Ayam (saya pakai part thigh & drumstick)
2. Kentang (bahagi 4)
3. Tomato (bahagi 4)
4. 2 tangkai daun kari
5. 1/2 biji bawang Bombay
6. 1sk garam
7. 1/2 liter air
8. 1/2 kotak santan
9. Minyak utk menumis

Bahan Rempah (Satukan & bancuh dgn air, menjadi pes)

1. 2sb serbuk kari (Babbas plg sedap)
2. 1/2 sk serbuk jintan manis
3. 1/2 sk serbuk jintan putih
4. 1sk serbuk cili


Bahan Blend:

1. 4 ulas bawang putih
2. 1 biji tomato
3. 1 labu bawang besar
4. 1/2 inci halia
5. 2 batang cili hijau
 

Cara-Cara:


1. Blend kan semua bahan kisar sampai halus dgn sedikit air.
2. Tumis bawang besar & daun kari. Kemudian masukkan bahan blen. Tumis hingga agak kering.
3. Masukkan bahan rempah & kacau hingga naik bau.
4. Masukkan ayam yg sdh dicuci bersih, gaul dulu dgn rempah hingga sebati.
5. Masukkan sedikit air & kentang. Masak sampai kentang lembut.
6. Masukkan tomato & garam. Last sekali masukkan santan. Masak sampai kuah mendidih.
7. Hidang ~!!




Nasi Daun Pisang Ala Mamak



Bahan-bahan:

1. Nasi putih
2. Kari Ayam
3. Peria Goreng rangup ala mamak
4. Kobis Goreng Kunyit ala mamak
5. Papadom
6. Daun Pisang (Bahan paling PENTING!! Tiada ni, maka bukan Nasi Daun Pisang lah namanya..



Cara-Cara:
1. Susun ja semua lauk atas daun pisang yg sudah dipanaskan atas dapur gas. Tujuan utk mengeluarkan aroma daun pisang.



Nota: Ini kalau ada sotong goreng tepung & Rasum lagi mabeles.... Nantikan Resepi nya... :)



***********


Wahhh~.. Puan Yaya agak berpuas hati kelihatannya...
Sampai menambah 2 round...
Shabbasss..... :)

Okay gais.... Selamat mencuba....
Hari ni kita cuti diet dulu k..... hihihi~



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: Countdown ^_^ ::