Assalamualaikum~
Lama pulak x masak2 ni kan...
Semangat berdiet kononnya..
Yalah~ bulan depan sudah bulan Ramadhan kot~..
Diet pulak asyik ke laut, yg ke darat nya plk ikut mood, eheheh~
So, harini tgh2 cheat day ni, marilah kita eksesais di dapur alias masak-memasak...
Selongkar punya selongkar peti sejuk tadi, jumpa pulak ikan masin yg Mummy bawak dari Tawau bulan December tahun lps, wakaakakakka....
Lama gilaakkk weihh...
Tapi jangan risau, Mummy mmg slalu belikan ikan masin yg jenis kering, bukan yg lembap2 tu..
So, dapat lah bertahan lama....
Kalau yg jenis lembap tu kejap ja sdh berkulat putih2 tu, kalau tunggu lagi sikit hari, maka muncul la giuk2 aka ulat2 yg gebu2.... iiewww~
Tengah2 fikir mau dimasak apa tu ikan masin sepaket,
nampak ada cili kering, ada kicap, ada bawang bombay....
Trus muncul lampu mentol atas kepala.... "Tiiiiinnggg~!!"
Jum kita masak kicap pedas...!!
Sy ni masak mmg x kira kuantiti ya, main campak2 jaa...
Mana yg suka lebih tu, sy lbhkan la contohnya bawang bombay tu... hehehe~
Dan sy x suka masak guna rempah 3@4 sekawan tu,
sbb aroma dia terlalu wangi & sy cepat muak...
Lagipun sy suka cara masak yg ringkas & mudah...
Bahan-Bahan:
1. Ikan Masin
2. Kicap manis / Kicap ayam (tambahkan sdkt gula)
3. Asam Jawa
4. Bawang Bombay (1 biji)
5. Cili Merah (1 batang - hiris)
6. Tomato (1 biji - hiris)
7. Sos tiram (optional)
Bahan blend:
1. Bawang merah
2. Bawang putih
3. Cili kering (cili boh pun boleh, tp kurang pedas lahh...)
Cara-cara:
1. Langkah terawal ialah dgn merebus cili kering smp lembut. Kalau tiada cili kering, boleh jugak guna cili boh, tp kurang sikit lah pedasnya... Yg sy ni selagi x berasap telinga, selagi tu mau tambah kepedasan... Utk resepi ni, sy x kira letak berapa batang cili kering, tp lebih kurang segenggam jugak..
2. Lps kita potong2 ikan masin tu semua, kita basuh bersih2 pastu toskan. Panaskan kuali, goreng ikan masin smp garing dan angkat.
3. Blendkan bahan2 yg mau ditumis: bawang merah, bawang putih & cili kering. Pastu tumis dlm minyak. Pastikan betul2 masak ya, kalau cili kering x masak, cherry-berry la alamatnya.... ehheeh~
4. Lps cili kering masak, kita masukkan tomato & kicap manis. Tomato akan hancur & memekatkan kuah. Kalau tiada kicap manis, boleh jugak pakai kicap ayam/hitam, tp kena tmbh sedikit gula. Jangan tmbh garam lagi tau, sbb ikan masin sdh cukup masin weih, darah tinggi pulak nanti, huhu~.. Sos tiram ialah optional.
5. Lps kuah masak & jadi pekat sikit, masukkan air asam jawa sikit. Tidak perlu byk sbb tomato sdh ckup masam.
6. Kemudian masukkan cili merah hiris & bawang bombay yg dipotong bntuk cincin.
6. Last skali baru kita masukkan ikan masin yg kita goreng tadi, gaul rata & angkat... Nyum2~....
Ikan masin yg didatangkan khas dr Tawau,
telah siap digoreng rangup..
Ikan masin jenis apa pun sy x tau, tp isi dia tebal & x terlalu masin jugak...
Remarks (kalau digantikan dgn ayam):
1. Kena tumis halia yg diracik, spy kurang sikit bau ayam tu.
2. Perap dulu ayam dgn serbuk kunyit & garam, pastu goreng.
3. Kena perasakan dgn garam, kalau pakai ikan masin x payah la bubuh garam sudah.
* Akan bg resepi pakai ayam pulak next time.... :)
No comments:
Post a Comment