Im proud to be half Sabahan & half Indonesian !!

Im proud to be half Sabahan & half Indonesian !!
MyLovely Mummy & Daddy!

Blogger Profile

I'm Half Malaysian & Half Indonesian..
Mommy - Malang, Jawa Timur (Indonesia)
Daddy - Tawau, Sabah (Malaysia)

Seorang Blogger picisan yg meminati:
i. Travelling
ii. Makan
iii. Photography
iv. Videography

All pictures taken using:
1. Gopro Hero5 Black
2. Nikon D5200
3. Sony DSC-W300
4. Vivo V15 Pro
5. FeiyuTech Vlog Pocket (Gimbal)

Sunday, April 9, 2017

[Recipe - Western] Carbonara Ringkas & Mudah

Assalamualaikum...

Bila sy tengah 'craving' makanan western, Carbonara ialah menu pertama yg terlintas di pikiran...
Dgn creamy2 dia tuh, omaigad~....
Sebelum ni pernah buat Carbonara yg versi rumit punya di SINI...
Kali ni kita buat yg versi simle2 jaa...
Sbb masa tu ada member yg dtg bertamu,
so kena lah masak yg versi campak2 punya....
Bahan pun x ada lah banyak betul...
Yg penting ringkas & jimat masa...
Ini kali kedua sy buat Carbonara simple nih...


Bahan2:
1. Prego Carbonara Cendawan x1 tin 
2. Sosej Ayam x5 batang (Hiris serong, ikut suka)
3. Spaghetti 
4. Cili Padi (kalau suka pedas, bubuh la banyak2...)
5. Kiub Ayam x1 (Knorr atau Magie)
6. Susu "Fresh Milk" x1 kotak (tp sy guna susu rendah lemak, diet kononnya)..
7. Cendawan butang dlm tin x1 tin
8. Minyak @ Butter (Untuk menumis)
9. Cheese x2 kpg
10. Dry parsley flakes (Tabur sikit)
     * disebabkan suka mkn sayur, sy guna daun bawang..
11. Bawang putih (Cincang)
12. Sup Krim Cendawan Campbell x1 tin (optional)





Cara-Cara:
1. Mula2 sekali, semestinya kita rebus spaghetti dulu. Jangan lupa taruk sedikit minyak & garam. Angkat, tos dan tepikan..
2. Panaskan 1 sudu Butter/minyak dgn api yg kecik.. Sebab butter cepat hangus.
3. Masukkan Bawang putih yg sdh dicincang, tumis hingga harum.
4. Masukkan daun bawang, cendawan & sosej, tumis hingga sedikit matang..
5. Masukkan sos Prego, susu full cream + sup krim cendawan Campbell. 
6. Masukkan pulak kiub pati ayam Knorr/Magie, cili padi yg sudah diracik halus, & dry parsley flakes. Gaul smp mendidih.
7. Kecikkan api dan masukkan kepingan cheese dan terus gaul smp kuah jadi pekat.
8. Lepas dptkan kepekatan yg kita mau, boleh la padam kan api.
9. Tuang atas spaghetti tadi. Tapi kalau masak dlm kuantiti yg sikit, boleh la masak sekali dgn spaghetti tu, supaya kuah meresap..
10. Paling marvelesss bila masa mau hidang tu, kita letakkan sekeping cheese di atas spaghetti, pastu tuang kuah carbonara.... Cheese tru meleleeehhhh, pergghh!!


Sudah 3 kali buat Carbonara bulan ni, hahahaha~....

Yang ni guna Fettucine...


Carbonara Fattucine with Cheeeseeee~...
Sedapnyaaa x terkata kalau ada cheese.. !!


Yg ni pulak sy guna Angel Hair....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: Countdown ^_^ ::