Im proud to be half Sabahan & half Indonesian !!

Im proud to be half Sabahan & half Indonesian !!
MyLovely Mummy & Daddy!

Blogger Profile

I'm Half Malaysian & Half Indonesian..
Mommy - Malang, Jawa Timur (Indonesia)
Daddy - Tawau, Sabah (Malaysia)

Seorang Blogger picisan yg meminati:
i. Travelling
ii. Makan
iii. Photography
iv. Videography

All pictures taken using:
1. Gopro Hero5 Black
2. Nikon D5200
3. Sony DSC-W300
4. Vivo V15 Pro
5. FeiyuTech Vlog Pocket (Gimbal)

Sunday, February 22, 2015

[Recipe - Western] Spicy Sausage Bolognese

Hari ni hari last kita cuti Tahun Baru Cina, besok mula sudah kerja macam biasa, huhuhu~... Orang2 yg bercuti di kampung pun sudah mula balik ke bandar.. Macam sy ni mmg tiada can la mau balik bercuti di kampung walaupun cuti 4 hari.... Tiket balik Tawau mahal gila... Selama 4 hari di rumah sorang2, kerja asyik masak jaa.. Padahal makan pun sorang2 jugak... 


Kalau semalam kita sudah buat Sausage Carbonara, maka hari ni saya buat pulak Spicy Sausage Bolognese.... Haa~, nama pun tekak anak Jawa kan.. Western Food pun mau pedas juga... Untuk menu ni, sama jugak macam Carbonara semalam, sy guna ja sosej... Habiskan balance setengah paket lagi, hihihi...




Bahan2:
1. Kimball Sos Spaghetti Cendawan x1 jar
2. Sosej Ayam x5 batang (Hiris serong, ikut suka)
3. Spaghetti x Setengah paket (Ikut suka mau jenis apa.. Tapi sy lebih suka guna Angel Hair)
4. Cili Boh atau Cili Kering Kisar x 4-5 sudu makan (kalau suka pedas, taruk la byk2)
5. Kiub Ayam x1 (Knorr atau Magie)
7. Cendawan butang dlm tin (Habis kan 1 tin tu kalau suka byk cendawan)
8. Butter (Untuk menumis)
10. Dry parsley flakes (Tabur sikit)
11. Bawang putih & Bawang Bombay (Cincang)


Bahan Optional:
* Cheese (Parut & tabur semasa hidang)



Untuk buat Bolognese, sy lebih suka guna jenama Kimball.. Terpulang la kalau mau guna Prego pun boleh, ikut selera masing2...






Untuk spaghetti, sy suka guna jenama Kimball... Selalunya sy guna jenis Angel Hair, sebab dia lebih slim & ramping... So, tidak cepat muak walaupun makan banyak.. Boleh menambah 2-3 kali, hihihi.. Masa rebus spaghetti, jgn lupa taruk sedikit minyak + garam.. Taruk minyak supaya spaghetti tidak melekat, dan taruk garam sikit supaya spaghetti lebih kenyal & anjal... Oh ya, kalau mau guna Fettucini pun boleh.. Maccaroni kah, siput ka, spiral ka, penne ka.. Ikut selera masing2 okeh..


Cendawan boleh la guna satu tin ni.. Kalau yg gila cendawan macam sy, memang sy taruk banyak2.... Hiris nipis2 ya..




Cara-Cara:
1. Mula2 sekali, semestinya kita rebus spaghetti dulu. Jangan lupa taruk sedikit minyak & garam. Angkat, tos dan tepikan..
2. Panaskan 1 sudu Butter dgn api yg kecik.. Sebab butter cepat hangus.
3. Bila cair, masukkan Bawang putih & bawang Bombay yg sdh dicincang, tumis hingga harum. 
4. Bila bawang sudah mula garing, masukkan cili boh atau cili kering kisar, kalau suka pedas, taruk banyak pun x pa... Tumis sampai pecah minyak..
5. Masukkan cendawan & sosej, tumis hingga sedikit matang..
6. Masukkan sos Bolognese Kimball. Kalau terlalu kental, masukkan sedikit air.
7. Masukkan pulak kiub pati ayam Knorr/Magie & dry parsley flakes. Gaul smp mendidih.
8. Lepas dptkan kepekatan yg kita mau, boleh la padam kan api.
9. Tuang atas spaghetti tadi. Tapi kalau masak dlm kuantiti yg sikit, boleh la masak sekali dgn spaghetti tu, supaya kuah meresap..
10. Bagi yg suka makan cheese, boleh la tabur di atas spaghetti.. Tp sy kurang minat sbb cepat buat sy muak & loya2, huhuhu~..





Selamat Mencuba... :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: Countdown ^_^ ::