Im proud to be half Sabahan & half Indonesian !!

Im proud to be half Sabahan & half Indonesian !!
MyLovely Mummy & Daddy!

Blogger Profile

I'm Half Malaysian & Half Indonesian..
Mommy - Malang, Jawa Timur (Indonesia)
Daddy - Tawau, Sabah (Malaysia)

Seorang Blogger picisan yg meminati:
i. Travelling
ii. Makan
iii. Photography
iv. Videography

All pictures taken using:
1. Gopro Hero5 Black
2. Nikon D5200
3. Sony DSC-W300
4. Vivo V15 Pro
5. FeiyuTech Vlog Pocket (Gimbal)

Wednesday, July 11, 2012

Pengkhianatan dari seorang SAHABAT...

Pernah kah kamu rasa dikhianati oleh sesorang yg kita panggil SAHABAT???
Sebenarnya, bila kita dibuat jahat oleh musuh atau org yg mmg kita tau dia x sukakan kita,
maka sangat senang lah untuk kita jaga diri, jaga tingkah laku & lebih berhati-hati.....
Tapi camana pulak kalau kita dikhianati oleh KAWAN kita sendiri???
Yang kita fikir dia baik tp sebenarnya dia cucuk kita dari belakang????
Orang yg tmpt kita mengadu masalah, tp dibelakang kita dia hebah2 kan luahan hati kita tu pada org lain???
Mengaibkan kita..... Memburukkan kita..... Jadikan kita bahan gosip.....??


Saya pernah mengalami itu masa belajar dulu......
Sy mendapat fitnah yang terbesar dalam hidup saya.....
Diaibkan smp mendapat nama buruk di kampus....
Apa motif dia???
Sebar sensasi?? 
Apa yg dia dapat dgn memfitnah KAWAN dia sendiri??
Tp sy tidak perna ada rasa dendam sama dia...
Sy masih anggap dia kawan sy ber-hu-ha-huu-haa......
Kawan yg slalu buat sy ketawa.....



Menurut kajian Dr.Fadzilah Kamsah: 
"Orang yg berbintang LEO cepat memaafkan tp tidak mudah melupakan"....
Yerrppp, macam tu lah saya.....
Sy akan ingat slalu apa yg dia buat pada sy dulu....
Tp tidak terdetik langsung dlm hati sy utk membalas nya....
Sy pun nda tau kenapa......... =)



Satu hari tu, sy terima email dari coursemate saya.... Anita...
Dia antara kawan paling rapat ms ambik Diploma In Accounting dulu...
Dan email itu betul2 mengejutkan saya....


Yang macam ni baru la layak dipanggil sebagai "SAHABAT"....
SAHABAT ni yang menegakkan keadilan utk sy walaupun saya sudah jauh....


Memang la mula nya panas juga hati ne bila baca email......
Tersinggung, marah, malu.....
Semua bercampur jadi satu.....
Tp bila sy baca berulang-kali.....
sy cuma KETAWA......
Si kawan ne pandai betul buat lawak.....


Ok fine~.... Biar sy buat penjelasan ya......
Saya memang suka makan asam boi.....
Tp selalu nya sy buat perap ayam....
Supaya ayam ada warna merah & asam2 sikit.....
(haaaa~... ne nanti sy buat entry psl masak ayam pakai asam boi..... )



Saya makin berisi masa tu sebab sy tgh bahagia bersama org yg sy sayang di kampus.....
Saya suka pakai kain batik di hostel sbb hostel kan panas......
Takkan kamu suda lupa camana panas nya hostel kita dulu???
Kenapa masa sy pakai , tidak pula kamu pertikai....???
Bila sy suda jauh dr sana baru kamu buat crita ckp sy pakai kain batik utk menutup perut???
Astaghfirullah~......
Bawak la mengucap wahai sahabat ku.......


Ingat lah balasan ALLAH utk org yg suka SEBAR FITNAH....


***************************

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain. (Surah al-Hujurat, ayat 12)

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)?
Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.
Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya.
Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?
Rasulullah bersabda lanjut: "Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya." (Hadis riwayat Abu Hurairah) 




P/S: Paling mudah, ingat lah bahawa org yg sebar fitnah tu dia akan muflis di akhirat nnt.... Sebab pahala dia sudah "di-transfer-kan" kepada kita.... Wallahu'alam.... ^____________^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: Countdown ^_^ ::